ORGANISASI RTM KAWASAN SABAH

Jabatan Penyiaran Malaysia Kawasan Sabah atau RTM Sabah adalah rangkaian Organisasi Radio dan Televisyen Malaysia di bawah Kementerian Penerangan Malaysia. Bangunan RTM Sabah terletak di Kilometer 2.4 Jalan Tuaran, Bukit Nenas, Kota Kinabalu. Jabatan ini  diketuai oleh seorang   Pengarah   dan dibantu   oleh 3 Timbalan Pengarah.

RTM Sabah mempunyai 2 bidang utama iaitu Bidang Rancangan dan Bidang Kejuruteraan yang kedua-duanya saling memerlukan.
Dua bidang ini bergabung tenaga.

mengendalikan 2 saluran utama Siaran Radio 24 jam sehari disamping satu saluran khas Siaran Luar Negeri atau Suara Malaysia dalam Bahasa Tagalog selama  3 jam  sehari  dan  3  siaran  daerah  masing-masing  di Wilayah Persekutuan Labuan, Tawau dan Sandakan.

RTM Sabah  juga  menjadi Pusat  Pentadbiran TV untuk rancangan-rancangan TV terbitan tempatan disamping membuat siaran langsung peritiwa-peristiwa penting untuk siaran di TV1 dan TV2.

Bahagian  Kejuruteraan  RTM  Sabah  mengurus  dan  menyelenggara  semua  keperluan  dan operasi peralatan teknikal  termasuk  Stesen-stesen  Pemancar  Radio  dan  juga  TV  diseluruh  negeri  disamping  meningkatkan kawasan liputan pemancaran Radio dan TV di Sabah.

PENGURUSAN RTM SABAH

Pengarah Penyiaran Kawasan Sabah

Tel: 088212086 Fax: 088223493

Timbalan Pengarah Kejuruteraan l

Tel: 088212125 Fax: 088212805

Timbalan Pengarah Rancangan Radio

Tel: 088212098 Fax: 088270841
En. Ali Nagsio
Timbalan Pengarah Rancangan TV
E-mel: ali@rtm.gov.my
Tel: 088213444 Fax : 088221645


Resolusi 800 x 600 piksel dengan IE 5.5 keatas
Hakcipta RTM Sabah.