Visi
Untuk Menjadi Sebuah Badan Penyiaran Negara Yang Utama Dan Dinamik Bertaraf Dunia.
Misi

Menyiarkan Maklumat Dan Program Hiburan Radio Dan Televisyen Berdaya Saing Dengan Menggunakan Teknologi Terkini Di Samping Menepati Citarasa Audeins Ke Arah Mencapai Wawasan Negara

OBJEKTIF PERKHIDMATAN PENYIARAN

Memberi perkhidmatan penyiaran dan menyebarkan maklumat melalui Radio dan Televisyen bagi membina sikap, peribadi, pemikiran  dan nilai-nilai yang sesuai untuk memajukan dan  menjayakan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat selaras dengan wawasan dan cita-cita negara.

Melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Penerangan yang dikenali sebagai "KEMPEN".

Sebagai  Jabatan  Persekutuan  melaksanakan  dasar-dasar  Kerajaan  Persekutuan dan Negeri selaras dengan dasar Pusat.

Menilai  dan  menyelaraskan  semua  aktiviti  liputan  dan program yang dilaksanakan supaya dapat membantu dan  memberi  faedah  kepada  Negeri  dan  Persekutuan  disamping  memberi  faedah  besar   kepada  rakyat keseluruhannya.

Menerang serta memberi liputan  secara  meluas  dasar  dan  rancangan  Kerajaan  bagi  membolehkan  rakyat memahami sepenuhnya tentang dasar tersebut.

Menjuruskan  perhatian  rakyat  ke arah  cara  berfikir  yang  positif  untuk melahirkan perubahan sikap sejajar dengan kehendak serta dasar Kerajaan.

PIAGAM PELANGGAN JABATAN
Kami berjanji menyiarkan rancangan-rancangan radio dan televisyen yang bermutu tinggi, bersesuaian dengan dasar-dasar dan
aspirasi negara, memenuhi citarasa rakyat/audien, melalui:-
  • Maklumat yang cepat, tepat dan mutakhir.
  • Rancangan bermaklumat dan berunsur pendidikan.
  • Rancangan-rancangan hiburan yang berkualiti.
  • Pemupukan nilai-nilai murni.
  • Sikap yang positif dan terbuka.
 
CARTA ORGANISASI RTM SABAH