
P.A. MOHAMED @ PG. MOHAMMAD B. PG. HJ. ABDULLAH :- mula menyanyi sejak di Bangku Sekolah lagi. Anak kelahiran dari Papar ini memperolehi Ijazah Bachelor Of Science (Hons) dari U.S.A. Mula bergiat dalam bidang seni suara dalam tahun 60an.
Mempunyai Kugiran sendiri yang diberi nama “Mekar Kenangan “ di bawah pimpinan abangnya P.A. Zainal dalam tahun 1970 dan seterusnya. Tahun 1980 sering diundang menyanyi di Pentas, Studio atau di T.V. anjuran R.T.M dalam rancangan Senirama, Titian Mesra dan Kombo RTM Sabah .
|