DATUK HJ. M.Y. AHMADL :- mula berkecimpung dalam bidang seni suara dan muzik dalam tahun 1959.
| TAHUN |
PERTANDINGAN |
| 1961 |
Memimpin pancaragam "Seruan Desa" Kg. Likas dengan barisan penyanyi seperti berikut: |
| |
1. Ahmadshah Abdullah sekarang Tun Ahmadshah Abdullah T.Y.T Sabah |
| |
2. Datuk H.J. M.Y. Ismail |
| |
3. M. Pudin |
| |
4. Asni Ismail |
| |
5. B. Sofiah |
| |
6. B. Banun |
Manakala pemain beliau adalah terdiri daripada Datuk Hj. M. Y. Ismail, M. Y. Marof, M. Y. Ibrahim dan M. Y. Ahmad sendiri.
| 1965 |
Johan Bintang Radio Sabah Bahagian Asli dan Langgam |
| 1966 |
Johan Asli seluruh Malaysia Lagu yang dibawa - 'Dunia Sekarang' |
| 1967 |
Merakamkan suara ke Piring Hitam berbentuk E.P |
| 1967 |
mencipta lagu 'Dewi Hati' dan 'Lambang Bahagia' untuk dirakamkan ke piring hitam oleh penyanyi veteran Datuk Ahmad Jais semasa di Singapura pada tahun tersebut. |
| 1985 |
Berlakon Drama TV berjudul 'Hariati' dengan pelakon-pelakon seperti Uji Rashid, A.B Saiful dan lain-lain |
| 1987 |
Johan Pertandingan nyanyian pesta-pesta Pencetak Seluruh Negeri diadakan di Johor |
Kini giat menyanyi dan mencipta lagu-lagu Bajau. Memandangkan jasa-jasa beliau dalam bidang seni, maka beliau di Anugerahkan Bintang Kebesaran Negeri yang membawa gelaran Datuk.
|