
MALIM WAHID :- Penyanyi angkatan 70an ini mula berkecimpung dalam seni suara dengan membawa lagu kadazan dan Inggeris serta lagu-lagu melayu. Malim banyak menyertai pertandingan nyanyian seperti talentime, Bakat TV dan lain-lain pertandingan. Beliau sering mendapat peluang menyanyi di Radio dan TV, suara beliau mirip penyanyi Rafeah Buang. Itu membuat beliau begitu terserlah dan diminati ramai ketika itu. Sering diundang untuk menghibur para peminat di Sandakan , Tawau dan lain-lain tempat dengan pancaragam ‘Lodicos Comondos' di bawah pimpinan En. Sukardy Suradi. Kini beliau kurang bergiat menyanyi kerana menguruskan perniagaannya. |