
JUSTIN STIMOL :- Penyanyi veteran Bahagian Kadazan R.T.M Sabah, mula menyanyi tahun 1960an dengan Radio Sabah (sebelum Malaysia ). Beliau sering menyanyi dicorong-corong Radio ketika itu dan beliau adalah seorang penyanyi kadazan yang begitu popular di kalangan peminat-peminat lagu kadazan, apatah lagi lagu beliau yang diciptanya sendiri iaitu lagu ‘Oh Maggie' yang telah menjulang nama beliau di persada seni suara. Kini Justin menetap di Penampang. |