
1. Mencungkil dan memberi peluang kepada artis-artis tempatan yang berpotensi untuk menyertai dalam pelbagai rancangan hiburan.
2. Mengetengahkan bakat-bakat yang sedia ada supaya dapat mencapai ketahap yang lebih tinggi.
3. Mengumpul dan menyimpan serta menggalakan perkembangan seni agar masyarakat dapat menikmati, menceburi dan mengekalkan kesenian sebagai seni budaya tradisi.
4. Memupuk bakat-bakat baru dalam lapangan muzik dan seni suara melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan.5. Meninggikan mutu persembahan muzik terutama sekali lagu-lagu tradisi dan ciptaan tempatan.
PIAGAM PELANGGAN UNIT
1. Menyediakan rancangan-rancangan muzikal berbentuk hiburan dalam pelbagai bahasa.
2. Menampilkan artis-artis yang berkualiti.
3. Memberi persembahan muzik dengan gubahan / ciptaan lagu-lagu tempatan yang berkualiti.
4. Mengetengahkan lagu-lagu pelbagai irama untuk memenuhi citarasa pendengar.
5. Mencungkil bakat-bakat tempatan untuk diketengahkan.