SECALIT TINTA
INFORMASI
SEJARAH
OBJEKTIF
KAKITANGAN
PERTANDINGAN

SEJARAH

UNIT HIBURAN DAN MUZIK

Siaran Radio Sabah yang beroperasi pada tahun 1939 telah berjaya menerbitkan pelbagai rancangan berbentuk hiburan.
Penerbitan rancangan ini dikendali dan dikelolakan oleh penerbit daripada unit masing-masing iaitu Unit Inggeris, Unit Melayu dan Unit Kadazan. 

Untuk memenuhi keperluan rancangan hiburan tempatan, Radio Sabah telah menubuhkan kumpulan pemuziknya sendiri pada tahun 1957. Kumpulan yang
diketuai oleh Peter Pragas (kini Datuk) dan dikenali sebagai The Sabah Serenaders ini memainkan peranan penting dalam mengembangkan seni muzik
tempatan. Kumpulan ini sering menghiasi rancangan radio dengan gubahan lagu dan sigtunes rancangan.

Unit Muzik berperanan membantu dalam aspek berkaitan pengimbangan muzik, kualiti rakaman dan kesesuaian artis yang mengambil bahagian dalam
sesebuah rancangan. Selain itu, unit ini turut membantu menjayakan pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh  Radio Sabah pada waktu itu dengan
penglibatan sebagai pemuzik pengiring.

Pada tahun 1974, Unit Hiburan ditubuh dan seterusnya digabungkan dengan Unit Muzik. Gabungan dua unit ini dikenali sebagai Unit Hiburan dan Muzik yang
berperanan dalam menerbitkan rancangan-rancangan hiburan tempatan serta mengendalikan pelbagai pertandingan anjuran jabatan. Unit ini turut terlibat
secara langsung dalam mencari, mencungkil dan mengembangkan bakat artis-artis tempatan Sabah.

 

KOMBO RTM

Kombo RTM Sabah telah ditubuhkan pada awal bulan Jun 1975. Pada awal penubuhannya, hanya seorang kakitangan tetap iaitu Zambri Razali yang ditugaskan.
Beliau yang dihantar khas dari Angkasapuri, Kuala Lumpur bertindak sebagai ketua, penggubah lagu dan pemain alto saxophone. Anggota lain terdiri daripada
kakitangan sambilan dan beberapa orang kakitangan RTM yang berkebolehan bermain alat muzik seperti Abdul Rahim Kahar, Ronnie Koh, Hydriss Ibrahim dan
Basil Malujang.

Pada tahun 1977, RTM Sabah telah mewujudkan 7 jawatan tetap untuk ahli muzik. Seiring perkembangan, kini terdapat 9 jawatan ahli muzik di RTM Sabah dengan
Moses Vasanthan De Silva sebagai Ketua Kombo.

BIODATA ARTIS VETERAN SABAH

Alamat:

UNIT HIBURAN DAN MUZIK Tel: 088-213 444 SAMBUNGAN
JABATAN PENYIARAN MALAYSIA SABAH

- PENERBITAN (289)

K.M. 2.4, JALAN TUARAN - KOMBO (344)
88614, KOTA KINABALU Fax: 088-217 157
SABAH