SABAH fm bakal membuat perubahan dalam beberapa rancangan yang difikirkan perlu dan berimpak besar serta sekaligus mampu menarik lebih ramai pendengar di negeri ini. Perkara tersebut antara agenda utama dalam mesyuarat SABAH fm yang berlangsung pada 9 januari 2008 di Bilik Mesyuarat RTM KK. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan En. Jaafar Jaidin selaku Pengawal SABAH fm juga meminta agar semua warga kerja SABAH fm menanamkan azam baru dalam mempertingkatkan kualiti kerja. Beberapa perkara juga dibangkitkan dalam mesyuarat itu yang melibatkan penerbitan dan siaran SABAH fm. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Florence John Luan (penyampai SABAH fm) yang mendapat pujian daripada pihak pengiklan kerana berjaya menyelaraskan rancangan “Hari Ini Bersama Giant” yang ketika ini disiarkan setiap hari. Mesyuarat Mingguan SABAH fm yang diadakan setiap hari rabu adalah bertujuan untuk terus memantapkan lagi operasi keseluruhan stesen radio tersebut.